Mimpi Dilamar Binatang Jadian
Pernah tak anda termimpi dilamar?? Yang melamar tu bukan manusia TETAPI binatang jadian... Bagi yang tak pernah dengar tu mesti terkejut kan?? haaaa..... Banyak yang mengatakan ini adalah mitos.. Tetapi benda ini bukan benda yang baru terutamanya di kawasan pendalaman macam Sarawak contohnya.. Ikuti kisah pertama ini yang dialami oleh Ria (bukan nama sebenar), yang merupakan salah seorang kawan kepada El (bukan nama sebenar)...
*********************************************************************************
Dulu semasa Ria baru habis SPM 2013, masa tu Ria sentiasa ikut ibu masuk hutan cari hasil hutan untuk dijual.. Maklum laa masa tu baru abis SPM laa kan tengah tunggu keputusan SPM kuar.. Nak dekat 3 minggu berturut-turut asyik kuar masuk hutan.. Sebelum ni pernah gak masuk hutan tapi kadang-kadang saja.. Nak dipendekkan cerita, Ria ni dapat 1 mimpi.. Di mana dalam mimpi tu Ria ternampak ada seekor babi hutan (jangan kecam El sebab ini kisah betul yang diceritakan oleh Ria) BERUBAH menjadi seorang lelaki yang gagah dan tampan..
Lelaki tu tiba-tiba melutut nak melamar Ria.. Pada awalnya Ria terkejut sebab Ria tak kenal pun lelaki tu apalagi dengan wajah yang sangat tampan apalagi dikenakan pakaian yang ala-ala anak kayangan (macam dalam buku cerita budak-budak).. Baru saja Ria nak terima lamaran tu, Ria dikejut oleh ibunya dengan pakcik Ria di sebelah ibunya.. Mulut pakcik Ria terkumat-kamit baca sesuatu lalu diusapnya kepala Ria..
"Jangan sesekali terima lamaran tu dalam mimpi!" kata pakcik Ria dengan tegas.. Ria pun terkejut macam mana pakcik dia boleh tau yang Ria ni dapat mimpi macam tu..
"Ikut saja kata pakcik.. Ada sebabnya kenapa.. Esok kita bincang.." Kata mak Ria.. "Dah.. Ria boleh samsung tido dulu.. Tapi ingat kata pakcik ye nak"..
"Hmm.... Okay lah, bu.." balas Ria.. Lalu Ria sambung tido balik..
Keesokan harinya, Ria, ibu bapanya dan pakcik makciknya duduk berkumpul di ruang tamu.. Makcik Ria pun tanya Ria sebagai pembuka kata..
"Ria, beberapa hari lepas dalam hutan kamu ada ternampak benda pelik kah?? Benda yang berharga tapi tiba-tiba ada dalam hutan.." tanya makcik Ria..
"Stahu Ria, takda pun...." balas Ria.. Diam sejenak semuanya.. "Tapi....." sambung Ria... "Ria ada nampak seutas rantai emas dan sebentuk cincin yang sangat cantik.. Tapi siapa laa yang b*d*h sangat biar benda bernilai dan semahal tu dalam hutan.."
"Haish! mulut jaga!" tengking bapa Ria.. terdiam Ria..
"Ada tak Ria ada niat nak pegang atau sentuh barang tu??" sambung makcik Ria..
"Ada jugak niat nak pegang tapi...pelik laa ada barang berharga dalam hutan jadi Ria batalkan niat tu.. Takut nanti ada penunggu barang kemas tu.." balas Ria..
"Barang tu sebenarnya memang dituju ke Ria.. Takda siapa pun boleh nampak melainkan Ria sendiri saja.. Jelmaan yang Ria nampak dalam mimpi tu, itulah yang nak melamar Ria.. Bila pakcik dapat 'signal' yang Ria akan ke alam lain, bergegas pakcik Ria panggilkan Ria.." jelas makcik Ria..
"Kenapa orang tu nak melamar Ria?? Boleh je kan datang rumah ke kenal-kenal ke..."
"Tak.. Apa yang Ria nampak dalam mimpi tu sebenarnya bukan manusia sebenar.. Itu adalah jelmaan.. Bila binatang tu berkenan kat Ria, dia akan lakukan seperti apa yang Ria alami sekarang.. Sebenarnya macam ni Ria.. Kalau jelmaan tu datang dalam mimpi Ria dan Ria terima dengan lamaran dia, Ria akan pergi ke alam lain.. Di dunia ini Ria dah tiada lagi.. Yang ada cuma tinggal badan yang dah m*ti je.. Tapi roh Ria pergi ke alam lain dan berubah bentuk seperti apa yang Ria nampak dalam mimpi tu.. Sebab Ria dah setuju jadi isteri kepada binatang tu.. Jadi Ria akan berubah bentuk jadi binatang tu jugak.. Sama juga kalo Ria ada sentuh atau ambik apa yang Ria nampak dalam hutan tu, ibu ada rasa yang kita diperhatikan.. Jadi ibu pun ajak Ria cepat-cepat keluar dari hutan.. Kalo tak, serta-merta Ria akan takda nyawa di situ juga.. Memang kita ada Tuhan ada agama tetapi benda macam ni jangan ingat tak wujud.." jelas ibu Ria..
"Dia cuba lamar Ria masa dalam hutan tapi tak berhasil.. Jadi dia pun muncul dalam mimpi untuk tarik Ria pergi ke alam mereka.. Bila Ria ikut dia dan terima lamarannya, Ria tak akan pulang balik ke pangkuan kami lagi.. Jadi, kalo Ria dapat mimpi macam ni lagi, jangan terima lamaran dia.." sambung ayah Ria yang dari tadi berdiam diri..
"Sebab itu pakcik panggil ibu Ria untuk kejutkan Ria sementara ayah Ria pergi menghalau dia.. Oleh kerana di hutan tak berhasil nak lamar Ria, dia pun ikut Ria balik ke rumah sebab cuba lamar Ria melalui mimpi.." jelas pakcik Ria..
"Hmmm.... ok.. Ria tak akan terima lamaran dia.. Ria tak nak pergi selagi tak bahagia kan ibu dan bapa.." terang Ria..

Malam tu, Ria dapat lagi satu mimpi.. Sekali lagi lelaki yang tadi berubah bentuk dari binatang ke manusia.. Dengan wajah yang sangat tampan, lelaki ini berjalan menuju ke arah Ria.. Serta merta lelaki ini berlutut hendak menyarung cincin ke jari Ria.. Kali ini Ria pun hampir terima lamaran itu.. Tapi belum sempat lelaki tersebut menyarung cincin itu, serta merta lelaki itu tadi berubah bentuk menjadi binatang semula..
Ria terkejut lalu terbangun dari mimpi tadi..
Dilihatnya pakcik, makcik dan kedua ibu bapa Ria di tepi Ria.. Kali ini ibu Ria menangis sementara bapa Ria jelas terpapar wajah bengis tahan marah.. Makcik Ria pun peluk Ria dari belakang sambil berkata "Ria kena ingat apa pesan kami.. Ingat kami Ria.. Jangan ikut nafsu (maksud makcik Ria ni muka tampan lelaki jelmaan tu)..."
"Maafkan saya makcik.. Ria takkan terima lagi.. Ria taknak pergi dulu" kata Ria sambil menangis teresak-esak..
"Buat masa ni Ria jangan masuk ke hutan.. Pakai tangkal ni untuk jaga Ria.." kata pakcik Ria sambil menghulurkan tangkal kepada Ria..

Sampai sekarang Ria masih pakai tangkal tu bertujuan untuk menjaga dirinya.. Ditunjukkan tangkalnya kepada El.. Tapi entah laa El tak tanya sampai bila Ria kena pakai tangkal tu sebab menurut Ria walaupun Ria dah kahwin, tetap akan datang ke Ria melainkan Ria menolak lamarannya..
Sekian saja cerita benar Ria kepada El 2 tahun lepas..

Pada mulanya El ingat cerita ni hanya rekaan semata-mata.. Tapi sejujurnya El pun baru-baru ni alami benda yang sama.. Tapi bersyukur lah El menolak lamarannya.. Jadi El pun tak diganggu lagi...
Bagi siapa-siapa yang pernah alami benda ni, boleh kongsi cerita kat ruang komen.. Bila ada masa nanti boleh laa saya baca pengalaman korang plak laa kan.. hehehehe.....

Comments
Post a Comment